Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:
"Senyuman kepada saudaramu adalah sedekah"
Maka, senyumlah kita.
walau apa juga kegusaran yang melanda dasar hati,
senyuman akan dapat menutup segala lubang-lubang kekosongan,
sekali gus merobek impian syaitan dari menakluki hati-hati yang gundah.
lemparkan lah senyuman yang paling manis.
Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain
insyaALLAH, hati-hati yang celaru akan 'decelaruation' dgn senyuman ikhlas seorang sahabatnya.
Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.
Tak rugi pun untuk senyum, malah banyak fakta yang membuktikan senyum mempunyai banyak kebaikan berbanding keburukan.
Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh,
Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik.
Senyum tidak perlu modal berjuta, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu.
Maka, senyumlah.=)


"senyuman itu ibarat kelopak bunga,
ketawa itu kembangnya yang sempurna."
jumpa lagi.
