Monday, January 25, 2010

Jaulah

Off to Paris-Barcelona-Marseille for 8 days with my brothers.
Pray for our survival!

Jumpa lagi

Sunday, January 24, 2010

Quote of the month

Dalam melayari encik internet, aku terjumpa perenggan kata ini, yang mana aku rasa sangat menarik dan sgt2 kelakar.

"Marcelo Lippi notes that he doesn’t consider Inter to be an Italian team because they have less Italians than West Ham United"

Agak kelakar.
bila dipikirkan kembali, takkanlah satu pasukan moderate Liga Perdana England mempunyai lebih ramai warga Itali dalam skuad mereka berbanding pasukan juara kebangsaan Itali.
Mari kita listkan kesebelasan utama kedua-dua pasukan ini.

INTER MILAN:

Julio Cesar (BRAZIL)
Maicon (BRAZIL)
Lucio (BRAZIL)
Walter Samuel (ARGENTINA)
Christian Chivu (ROMANIA)
Javier Zanetti (ARGENTINA)
Esteban Cambiasso (ARGENTINA)
Dejan Stankovic (SERBIA)
Wesley Sneijder (HOLLAND)
Diego Milito (ARGENTINA)
Samuel Eto'o (CAMEROON)

Manager : Jose Mourinho (PORTUGAL)

erm..nampaknya pasukan juara kebangsaan Itali lgsg tiada pemain Itali.

WEST HAM UNITED

Robert Green (ENGLAND)
Danny Gabbidon (WALES)
James Tomkins (ENGLAND)
Matthew Upson (ENGLAND)
Herita Ilunga (CONGO)
Valon Behrami (SWITZERLAND)
Mark Noble (ENGLAND)
Radoslav Kovac (CZECH)
Luis Jimenez (CHILE)
Carlton Cole (ENGLAND)
Alessandro Diamanti (ITALI)

Manager : Gianfranco Zola (ITALI)

Betullah kata Marcelo Lippi, West Ham adalah lebih Itali daripada Itali.

Sebenarnya, ape yang cuba dianalogikan disini adalah dengan sikap kita di tempat orang.
Banyak kes yang dilaporkan tentang perangai-perangai liar mahasiswa luar negara di tempat orang. ada yang teguk arak, ada yang hisap dadah, malah ada juga yang lebih hebat dari itu.

Janganlah kita jadi lebih orang putih dari org putih.
kita mestilah ada jati diri, dan diri kita menunjukkan budaya, agama, bangsa dan negara kita.

p/s: untuk Massimo Moratti, its time to buy Italian blood. Angelo Palombo, Gian Pazzini, Leandro Bonucchi, Andrea Ranochhia all available up there. Dont be less-Italian than foreigner.

Jumpa lagi.

Self-Titled

Salam..
setelah lamanya diri ini berfikir, akhirnya aku ambik keputusan untuk manage blog ni secara professional.
maka ini bermaksud aku akan memblog secara istiqamah selepas ini jika ada kelapangan.
so, follow la blog aku!haha

jumpa lagi.

Monday, November 23, 2009

Senyum.=)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:

"Senyuman kepada saudaramu adalah sedekah"

Maka, senyumlah kita.
walau apa juga kegusaran yang melanda dasar hati,
senyuman akan dapat menutup segala lubang-lubang kekosongan,
sekali gus merobek impian syaitan dari menakluki hati-hati yang gundah.

lemparkan lah senyuman yang paling manis.
Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain
insyaALLAH, hati-hati yang celaru akan 'decelaruation' dgn senyuman ikhlas seorang sahabatnya.
Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.
Tak rugi pun untuk senyum, malah banyak fakta yang membuktikan senyum mempunyai banyak kebaikan berbanding keburukan.

Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh,
Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik.
Senyum tidak perlu modal berjuta, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu.

Maka, senyumlah.=)




"senyuman itu ibarat kelopak bunga,
ketawa itu kembangnya yang sempurna."

jumpa lagi.

Sunday, November 22, 2009

Resolusi

ada orang kata, blog ni ibarat diari.
tapi mana ada orang bagi tengok diorang punya diari.
so konklusinya blog bukanlah diari.
haha.
insyaALLAH, dengan adanya encik blog ni, beliau akan cuba menjadi seorang yang lebih kritikal, dan cuba sedikit-sedikit dalam meluaskan dakwah islamiyah.
(ammar tolong jgn gelak kat aku.haha)

cuba kita bayangkan kita tengah makan kat ricos.
kita order burger n fries.
bayangkan kalau kita makan fries tu dulu sampai habis.
dan kita pun sangat kenyang.
tapi seboleh2 nya kita akan cuba jugak habiskan main course kita iaitu burger.
betul tak?
sebab takde sapa nak habiskan 5 euro untuk makan fries je.

tapi bayangkan pulak kita makan burger tu sampai habis dulu.
dan kita pun sangat kenyang.
lepas tu, kita nampak fries dalam keadaan tgh kenyang tu.
mesti kita muak dan boleh kata akan bazirkan saje fries tu.

begitulah hidup di dunia.
kalau kita dahulukan akhirat nescaya dunia akan menyusul.
kita dahulukan fries, insyaALLAH burger akan cuba jugak untuk menyusul.

dan kalau kita dahulukan dunia, takut akhirat tak sempat menyusul.
kita dahulukan berger, insyaALLAH fries susah untuk menyusul.

pada sapa2 yang suka makan ricos, boleh gak guna contoh tacos fries.
haha.
jumpa lagi.